Friday, December 4, 2009

KELAS PRA-MATEMATIK BERSAMA DR AZIZAH DAN PUAN NANI

Terdapat pelbagai cara yang boleh digunakan olen pendidik untuk mengajar kanak-kanak pra matematik mengikut usia mereka. Setiap permainan mestilah bersesuain dengan umur mereka. Kanak-kanak perlukan masa yang panjang dan peluang penerokaan tidak formal sebelum mereka dapat membentuk konsep berkaitan bentuk, padanan satu dengan satu, saiz, berat, jumlah, corak dan ruang.

Melalui pengetahuan pra math, pendidik boleh mengajar kanak-kanak mempelajari daripada beberapa aktiviti semulajadi seperti bermain blok, main doh, memasak, memadan dan mengasingkan benda dan menyusun objek.

Konsep-konsep pengajaran dan pembelajaran pra-matematik ialah:
  • pengelasan (saiz, bentuk, warna dan jenis)
  • perbandingan (stokin dgn kasut, besar kecil, tinggi rendah)
  • seriasi (menyusun objek dlm urutan melibatkan lbh dr dua benda spt saiz dan kedudukan)
  • padanan satu dengan satu
  • konsep nombor
  • ukuran (main air, ukur ketinggian dan masak)
  • masa dan wang
  • pola/corak


No comments: