KOLAJ DARI TELUR
Pada sesi petang, peserta diperkenalkan dengan kolaj . Pengceramah memperkenalkan jenis2 kolaj dan bahan yang boleh digunakan untuk membuat kolaj. Kolaj boleh dibuat dalam pelbagai bentuk aktiviti dengan menggunakan pelbagai jenis bahan terbuang.
Ini adalah kolaj dari telur. Telur dipecah2 kan dan dilekatkan atas kertas mahjong ikut kreativiti masing2. Kemudian barulah proses mewarna. Pendidik menggunakan benang di tengah2 kerana katanya kulit telur yang dibekalkan adalah tidak mencukupi.
petua: kata puan norhayati...
Apa2 kulit telur mestilah direbus dahulu dan kemudian di toskan. Ini bagi memastikan kulit telur itu tahan lama dan tidak berbau busuk. Setelah proses ini dilakukan, barulah pendidik jadikan ia salah satu bahan utama membuat kolaj telur.
KOLAJ GUNTING & TAMPAL
Kolaj di atas dinamakan kolaj KOYAKAN. peserta menggunakan kertas warna dan mengoyak kertas ikut kreativiti masing2. Lukisan di atas adalah gabungan kolaj gunting dan tampal. Selain membuat bentuk kolaj tampalan penuh pada permukaan kertas, peserta juga boleh membuat tampalan dalam bentuk 3 dimensi. Contoh di atas, rumpai yang berwarna hijau tidak di gam sepenuhnya sebalinya hanya permukaan bawah sahaja. Ini untuk menghasilkan gambar lukisan yang boleh dilihat dalam 3 dimensi. ahaaaaa...ni kumpulan aku la yang buat..hehe...

KOLAJ TISU
Kolaj ini dibuat dengan menggunakan tisu, gam dan warna air. Pendidik menggunakan tisu putih dan di gam atas mahjong dalam bentuk lukisan yang telah dilukis. Setelah melekat barulah warna cair diletakkan di tempat yang sesuai mengikut kreartiviti masing2.
Untuk kanak2 pula, sebaik2 nya pendidik menggunakan tisu yang berwarna. Hal ini bagi memudahkan kanak2 melakukan aktiviti tersebut. terdpat banyak tisu berwarna di pasaran dan pendidik boleh membelinya sebagai kegunaan kanak2.
KOLAJ GUNTING
kanak2 boleh menggunakan teknik gunting dalam pelbagai cara. Selain menguji kreativiti, kolaj ini juga menguji kanak2 dari aspek lain. Melalui kolaj gunting di atas, pendidik boleh mengkategorikan tampalan mengikut jantina. Caranya:
Pendidik akan menulis kategori yang dikehendaki atas kertas
pendidik akan menggunting gambar/objek mengikut apa yang mereka ingini.
Kemudian pendidik akan memberi arahan kepada kanak2 supaya memilih hasil guntingan dr pendidik td dan mengkategorikan ikut jantina.
Selain kategorikan mengikut jantina, kanak2 juga boleh kategorikan ikut jenis mata, jenis kasut, jenis pakaian, jenis kenderaan dan sebagainya.

KOLAJ DAUN
Pendidik mengumpulkan daun2 kering dan menggunakannya untuk membuat kolaj daun. Kolaj di atas mahjong ini menggunakan semua daun2 kering dan dilekatkan mengikut kreativiti masing2.
Kolaj yang terakhir, di buat oleh team masni, yus dan lain2. Katanya ini kolaj dari newspaper. Menurut pensyarah, mereka boleh sahaja melakukan tampalan rata biasa di atas mahjong ini. Tapi der kerna terlalu rajin, mereka telah mengulung newspaper tersebut dan gam kan atas mahjong ikut kreativiti kumpulan mereka. TQ
2 comments:
Salam miss weeyah... actually nk bg tau...cik chinta nk tiru karya anak2 murid awak ni blh ek???? hihihi... kebetulan minggu ni bt pasal jalinan so nk ajar anak2 murid bt kolaj.. so dr blog awak ni byk membantu la..
sorry baru perasan...sudah lama x on blog...insyaAllah lepas ni sy akan cuba update oke... :)
Post a Comment