Ini adalah aktiviti membuat doh dari tepung gandum. Doh yang dihasilkan amat sesuai digunakan oleh kanak2 berbanding plastersin. Doh ini adalah selamat dimain dan boleh dimakan (ahaks). Cara2 membuat doh dan bahan2 nya:
3 cawan tepung gandum
1cawan garam halus
air
pewarna makanan (serbuk@ cecair)
2-3 sudu minyak masak
tepung gandum digaul bersama garam hingga sebati. Kemudian masukkan air sedikit demi sedikit sehingga doh menjadi sebati. Pastikan tidak terlalu lembik dan keras. kemudian, masukkan pewarna dan uli tepung tersebut hingga pewarna sebati. uli dari belakang ke depan sehingga pewarna meresap ke dalam doh. Kemudian, masukkan 2 sudu minyak masak tadi dan gaul hingga rata. akhir sekali, kanak2 bolehla menggunakan doh tadi untuk membentuk objek seperti di atas. tq
Lukisan di atas adalah gabungan lukisan lelehan, lipatan, tali dan struktur. Lelehan ialah dengan menggunakan water calor+air. Lipatan islah dengan meletakkan warna air di atas kertas lukisan, kemudian kertas lukisan dilipat untuk menghasilkan corak. Lukisan struktur adalah dengan melekapkan lukisan di atas mana2 permukaan seperti dinding, tapak kasut etc lalu diwarnakan utk medapatkan corak objek. Lukisan menggunakan tali adalah kanak2 akan mewarnai tali tersebut lalu tali itu di tarik di atas kertas lukisan untuk menghasilkan colerang.
Daripada 4 komponen lukisan tersebut telah digabungkan menjadi 1 di atas kertas mahjong mengikut kreativiti kanak2.
Ini adalah lukisan dalam bentuk capan. Lukisan ini diahasilkan melalui chop daripada bahan2 alam semulajadi seperti tumbuh-tumbuhan dan anggota kita sendiri. Lukisan di atas dihasilkan daripada chop kacang bendi, kentang, bawang besar dan carrot. Berdasarkan lukisan di atas, pendidik melukis gambar di atas kertas mahjong kemudian mereka akan mengecop ikut kesesuaian lukisan.
Lukisan ini dinamakan easel. Pendidik melukis gambar di atas kertas lukisan. Kemudian menggunakan warna air untuk mewarna.
No comments:
Post a Comment