Lukisan! ini merupakan tajuk kuliah pada hari ini. Kami sebagai pendidik diajar menggunakan beberapa peralatan dan cara melukis oleh beberapa orang jurulatih. Teknik ini akan diaplikasi oleh pendidik dalam proses pengajaran mereka bersama kanak-kanak. Setiap aktiviti melukis yang dilakukan bersama-sama kanak-kanak mestilah bersesuaian dengan umur mereka.
Ini adalah origami. Jenis aktiviti ini biasanya boleh dilakukan oleh kanak2 dalam lingkungan 5 tahun. Ini kerana lukisan jenis ini melibatkan aktiviti lipatan. Pada usia yang muda, kanak2 tidak mampu melakukan aktiviti2 lipatan yg komplek. tetapi, seandainya objek yang hendak dihasilkan adalah simple, insyaAllah kanak2 boleh melakukannya.
Lukisan ini dihasilkan dengan kanji. kanji terhasil daripada campuran tepung bersama air dan sedikit pewarna. Penggunaan gam biasa tidak digalakkan kerana tidak bersesuaian dengan umur kanak-kanak dibawah 4 tahun. Kanak-kanak diberi kebebasan untuk mencorakkan lukisan mereka sendiri, hal ini dapat membanti perkembangan minda dan kreativiti kanak-kanak.
Bagi kanak-kanak yang geli @ takut dengan penggunaan kanji ini, pendidik haruslah berusaha memujuk kanak2 tersebut dengan menggunakan kaedah2 yang sesuai.
No comments:
Post a Comment